Tuesday, June 21, 2011

Ikhlas Berkerja

Seorang pekerja yang muklis (ikhlas):-

a. Bekerja bukan untuk nama, kemasyuran dan takut akan disanjungi manusia
  • buat kerja jangan harap balasan... pangkat, pekerja cemerlang, famous seantero opis
b. Bekerja tanpa heboh-heboh, menunjuk-nunjuk
  • bila bos ada, baru sibuk buat kerja, boss tak de ... relaks la... hahahaha..
c. Tidak kedekut untuk memberi pujian kepada mereka yang hak
  • orang lain dapat pujian, jeles tak tentu pasal... muka cemberut mcm tikus mondok
d. Berkelakuan selayaknya bila jadi ketua/majikan
  • dah jadi boss, jangan tindas orang bawah yer...
e. Mencari keredhaan Tuhan
  • insyaAllah
- Terima apa yang ada dan kemudian berusaha memperbaiki
- Contoh: Dah kerja 20 tahun dalam Jabatan dan masih tidak lagi suka
berkhidmat dalam KDRM

f. Bersifat sabar – Nabi Noh a.s. berdakwah 950 tahun hasilnya 40 orang
pengikut
  • gaji tak naik pun sabarrr....
g. Berasa senang/sanggup untuk berkongsi pendapat, kerjasama
  • jangan takut komen boss... hahahahhaa...
h. Tamak mencari kerja-kerja yang baik
  • jangan merungut kalau kerja banyak.....
i. Menghindar sifat ujub, riak, bangga
  • Moga dijauhkan..
j. Membersihkan diri.
  • nak pergi kerja, jangan lupa mandi... :)

“Iblis menjawab: “Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis (Ikhlas) di antara mereka.”
(QS, Shaad 38 : 82-83)

“Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis (ikhlas) di antara mereka.”
(
QS Al-Hijr, 15 : 39-40)

Mengapa iblis tidak dapat menyesatkan orang-orang yang ikhlas? Kerana ketika kita ikhlas kerana Allah SWT, kita berserah apa sahaja kepada Allah SWT. Ketika itu kita tidak lagi berada di wilayah kekuatan kita tetapi di wilayah kekuatan dan kekuasaan Allah SWT. Kita mengikut dengan jiwa yang berserah kehendak Allah SWT. Mana mungkin iblis atau syaitan dapat menandingi kekuatan Allah SWT.
***
Orang yang ikhlas tidak memikirkan ikhlas atau tidak tetapi memikirkan tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah SWT itu telah dilaksanakan dengan baik atau belum. Itulah ikhlas dan ia hadir tanpa perlu difikirkan.


sumber : bakiskahttp://www.fuadlatip.com/ komen by me

0 comments:

E-Novel